ads

Friday, October 31, 2014

Filled Under:

JOM TENGOK GAMBAR !! Pejabat Datuk Siti Cukup Gempak Di Bandaraya Kuala Lumpur !!


Beliau merupakan diva, lagenda dan penyanyi tersohor di Malaysia. Siapa yang tidak mengenalinya Dato Siti Nurhaliza yang cukup terkenal dengan suara dan paras rupanya yang menawan .
Jika dilihat sepanjang perjalanan karier seninya, popularitinya tidak pernah surut dan sentiasa berada di puncak dan peminatnya terdiri dari semua lapisan masyarakat .
Namun untuk menjadi sehebatnya bukanlah sesuatu yang mudah kerana pelbagai onak duri terpaksa ditempuh bagi mengecapi kesenangan sepertinya sekarang .

Kini dia bukan sahaja seorang penyanyi, malah Siti turut mengorak langkah sebagai usahawan wanita berjaya dengan jenama kosmetiknya sendiri iaitu Simplysiti .
Pasti ramai ingin melihat bagaimana rupa pejabat miliknya kan?
Di bawah ini ingin kami kongsikan gambar pejabat Simplysiti yang dikongsikan di laman Instagramnya .

Memang terbaik ! Bukan sahaja dekorasi dalamannya mewah malah permandangan bangunan pencakar langit kebanggaan rakyat Malaysia, Menara Berkembar Petronas dapat dilihat daripada bilik pejabat Siti sudah cukup membayangkan kejayaannya.
Namun hashtag yang disertakan Siti bersama gambar tersebut iaitu #bukansenangnaksenang; sesiapa pun perlu berusaha jika mahukan sesuatu dalam hidup .

Jika kita  berusaha segigih Siti, siapa tahu rezeki anda suatu hari nanti untuk miliki perniagaan dan pejabat seperti beliau pasti berjaya .




0 comments:

Post a Comment