ads

Tuesday, October 21, 2014

Filled Under:

JOM TENGOK VIDEO !! Gelandangan Lebih Pemurah Dari Orang Kaya..Cukup Mengharukan !!


Di zaman yang serba mencabar kini, memang agak susah gamaknya nak jumpa orang yang pemurah dan baik hati .
SpreadTheMessage, adalah merupakan sebuah komuniti amal dari Amerika Syarikat telah membuat eksperimen bagi mengetahui apa akan terjadi sekiranya seorang lelaki biasa meminta makanan kepada orang awam .
Hasilnya memang sangat mengejutkan kerana rata-rata masyarakat tidak memberikan sedikit pun makanan kepada lelaki tersebut.
Apa yang agak mengharukan ialah perkara sebaliknya pula yang berlaku apabila mereka meminta makanan kepada golongan gelandangan yang ada di persekitaran .
Hasilnya memang amat mengejutkan dan ianya telah membuka mata kita, bayangkan… golongan miskin yang berada di kota dan warga yang tidak berumah ini pula yang sanggup menghulurkan makanan lalu berkongsi bersama peminta makanan tersebut! 

Bak kata orang biar miskin harta benda tapi kaya budi bahasa...inilah yang sukar kita cari pada masa kini dan diharap ianya tidak berlaku di Malaysia .
- mynewshub.cc




0 comments:

Post a Comment