ads

Monday, October 20, 2014

Filled Under:

JOM BACA !! Gambar Lelaki Colombia Ini Cukup Menakutkan...Tak Percaya !!


Pastinya anda akan terkejut apabila melihat wajahnya yang menakutkan, lelaki ini tidak mungkin akan diterima bekerja. Malah, mungkin dia juga akan diusir sebaik sahaja akan memasuki bilik temuduga.

Inilah Si Hantu yang berasal dari Colombia yang bangga dengan tatu hitam pada bola matanya, beberapa implan tanduk dan begitu juga banyak tindik pada dirinya .

Dengan wajahnya itu, Caim Mortis sudah pasti akan menjadi lelaki yang tidak perlu berpakaian khas bagi menghadiri majlis seperti Halloween.

Lelaki yang berusia 42 tahun ini telah menghabiskan 11 tahun daripada hidupnya untuk ‘mengubah suai’ tubuhnya, termasuk mentatu seluruh bola matanya menjadi hitam, membuat implan tanduk pada dahi dan lengannya .

Tidak cukup dengan itu, dia juga menindik tanduk itu pada dirinya .


Akibat daripada tindakannya itu, keluarga Caim yang taat kepada ajaran Katolik, enggan menerimanya dan menyebabkan dia berpindah dari Colombia ke Mexico, tempat dia boleh diterima oleh masyarakat .

Apabila orang melihat saya kali pertama, reaksi mereka ialah terkejut atau hairan.


“Soalan pertama mereka tanya ialah ‘tidak sakitkah’ atau ‘siapa yang melakukan ini terhadap kamu,’” katanya.


Menurutnya lagi , antara perkara yang mendorongnya melakukan pengubahsuaian pada tubuhnya ialah keinginan untuk menjadi lebih unik dan berbeza berbanding dengan orang lain.

Seperti Caim, ramai lagi yang ingin kelihatan pelik dan dia juga membantu mereka dalam tugasnya selaku artis tatu.



Minggu ini, Caim menegaskan dia akan melancarkan karier baru musim Halloween akan datang, bersama-sama dengan rakannya, Gisella, yang akan memegang watak ‘malaikatnya.’ - Agensi




0 comments:

Post a Comment