Memang cukup menarik kepada mereka yang ketagih dengan telefon bimbit dan langsung tidak boleh berenggang dengannya, kerana mereka memang sesuai menetap di sebuah bandar di China iaitu Chongqing.
Ini kerana pihak berkuasa di bandar itu telah membina satu laluan pejalan kaki sepanjang 100 kaki khas
kepada mereka yang tidak boleh berpisah dengan telefon bimbit.
Laluan itu juga telah dibina khas dengan perkataan telefon bimbit ditulis di atasnya.
Ianya merupakan satu langkah yang diambil oleh negara China bagi mengatasi masalah penduduknya yang
ketagihan dengan telefon masing-masing.
Idea itu ditiru daripada projek yang telah dilaksanakan dalam program National Geographic awal tahun
ini.
Walau bagaimanapun pihak berkuasa di China memaklumkan, langkah itu secara diam-diam dapat
mengingatkan pejalan kaki bahawa jangan bermain-main dengan telefon bimbit ketika berjalan di laluan awam atau berbahaya .
0 comments:
Post a Comment