ads

Wednesday, July 2, 2014

Filled Under:

MESTI TENGOK !! Pasaraya Dijadikan Kolam Ternak Ikan ..Memang gempak !!


Pasaraya ini yang dahulunya berketinggian 11 tingkat tetapi pada tahun 1997, tujuh tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang tidak boleh melebihi istana raja disitu .
Kemudiannya pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian .  Sejak daripada itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung .
Oleh disebabkan itu , hujan yang turun telah menyebabkan air bertakung dan menyebabkan  tingkat bawah menjadi kolam dan nyamuk mula membiak di kawasan itu . Ini secara tidak langsung membawa kepada  ketidakselesaan kepada penduduk sekitar.
Untuk mengatasi masalah berkenaan,  penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu bagi mengawal pembiakan nyamuk.  Hasilnya ia cukup berkesan .
Sejak daripada itu, ikan-ikan mula membiak.  Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja.  Entah bagaimana ia boleh tersebar dengan begitu meluas sekali di laman-laman sosial .
Semenjak daripada itu perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial dan ramai orang luar datang melawat hingga hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan.
Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan kerana memandangkan ianya sudah lama ditinggalkan . 









0 comments:

Post a Comment