ads

Monday, June 30, 2014

Filled Under:

(VIDEO) MESTI TENGOK !! Sedih Dan Menyayat Hati Perkahwinan Di Hujung Nyawa !!



Pastinya kita semua sudah sedia maklum dengan pelbagai koleksi video perkahwinan yang ada pada masa kini dengan penuh kegembiraan . 

Namun Video Perkahwinan pada kali ini amat menyayat hati dan amat menyedihkan . 

Kisah perkahwinan yang mampu meruntunkan hati sesiapa yang menontonnya . Ianya merupakan satu kisah benar yang berlaku diantara  Rowden and Leizl.

Pasangan ini yang berasal dari Filipina ingin berkahwin pada hari lahir Rowden yang ke 30 tahun . Namun takdir menentukan segalanya, Rowden yang telah disahkan menghidap penyakit cancer atau barah tahap 4 dan hanya menunggu masa .

Melihat akan keadaan Rowden yang semakin tidak bermaya, Rowden menyatakan hasrat dan impiannya yang terakhir sebelum dia menutup mata .

Rowden ingin sekali berkahwin dengan Leizl dan dia berharap perkahwinan tersebut dapat dipercepatkan.

Dengan keadaan Rowden yang begitu lemah, membuatkan keluarga dan sahabat handai mengatur perkahwinan mereka tanpa belengah .


Rowden dan Leizl akhirnya dapat disatukan dan berkahwin dengan keadaan yang begitu meriah. Keadaan menjadi hiba apabila keluarga dan sahabat handai menangis namun Rowden tetap gembira kerana perkahwinan itu sama sekali telah menunaikan impian terakhir Rowden.


Akhirnya Rowden meninggal dunia 10 jam selepas perkahwinannya dengan Leizl.

Akhir kata perkahwinan ini cukup sedih dan pastinya akan membuatkan anda yang menonton pastinya tersentuh . 

Oleh itu sayangilah apa yang anda miliki sekarang kerana ajal itu pasti datang .


      
hotlips-yuya.blogspot.com




0 comments:

Post a Comment