ads

Thursday, June 12, 2014

Filled Under:

WAJIB BACA !! Lapan Makanan Dilarang Bagi Wanita Mengandung !!


Terdapat beberapa jenis makanan yang dikatakan bahaya kepada ibu mengandung yang perlu dielakan .Dalam usaha menjamin keselamatan ibu mengandung dan kandungan, ikutilah panduan yang tertera bagi mengelakan dari termakan makanan yang disebut dibawah .


Makanan mentah

Pastinya anda gemar memakan makanan mentah seperti sushi? Oleh yang demikian jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:


Toxoplasmosis

  • Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi.

Cirit-birit

  • Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Jangkitan cacing

  • Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetpai cacing akan memakan segala cat yang diperlukan oleh bayi.

Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan

  • Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.

Vitamin A


Disamping itu juga apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengabil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengadungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.

Raksa
Selain itu juga makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang agak tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang mengandungi raksa berlebihan, maka raksa itu boleh memberi kesan kepada tumbesaran bayi.



Gula
Pengambilan gula berlebihan juga akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses sewaktu kelahiran.

Makanan yang diproses
Salah satu makanan proses yang popular iaitu sosej. Sosej juga berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilannya .

Produk tenusu
Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh megandungi bacteria listeria yang berkemungkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat iaitu keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan juga krim keju.

Kacang tanah
Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielakan sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang di kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah daripada pengambilan kacang tanah.

Telur kuning
Telur kuning yang tidak dimasak dengan sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin megandungi salmonella. Walaupun ia jarang memberi kesan kepada bayi, anda mungkin akan mengalami muntah yang serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Oleh itu jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu telah dimasak lebih kurang tujuh minit .




0 comments:

Post a Comment