Jika anda berada di terminal pengangkutan sungai , mereka bersedia memberikan khidmat mengangkat apa saja jenis barang daripada pengguna bot ekspres sehingga ramai yang menggelar mereka sebagai ‘Badang Sarawak’.
Namun begitu khidmat mereka itu diperlukan penumpang bagi memuatkan barang atau kargo ke dalam bot ekspres yang berulang dari Sibu dan Kapit.
Ada juga dikalangan penduduk tempatan, sudah menjadi satu pemandangan biasa di sekitar terminal berkenaan apabila melihat mereka ini memikul longgokan besi yang berat, motosikal, mesin basuh, seguni beras atau apa saja jenis barang berat .
Bagi Rantai Ija (gambar), 25, kerja mengangkat barang ini sebenarnya mudah sekiranya tahu cara dan teknik yang betul mengangkatnya walaupun berat barang berkenaan melebihi separuh berat badannya.
Dia yang telah bekerja sebagai pengangkut barang di Terminal Penumpang Kapit sejak berusia 18 tahun yang lalu berkata, teknik yang sering digunakannya ialah memikul barang di atas bahu kerana selain dapat menampung berat, ia juga memudahkannya melangkah, terutama ketika menaiki dan menuruni tangga di jeti berkenaan.
0 comments:
Post a Comment