ads

Friday, June 27, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! Kisah Sedih Seorang Ibu Yang Hanya Mampu Membeli Susu Manis Untuk Anaknya !!


Disaat umat Islam semua sibuk membuat persiapan Ramadan, sebuah keluarga di Kampung Tengah , hanya menunggu hari yang dinanti-nantikan tanpa sebarang persediaan.

Ekoran kesempitan hidup dan ditambah pula dengan masalah kesihatan ditanggung oleh ibu muda Asmawati Samsudin, 29, menyebabkan hari-hari yang dilaluinya sepanjang Ramadan sama sahaja seperti hari biasa.

Baginya tiada lagi istilah makanan istimewa sebagai juadah berbuka puasa, kerana apa yang ada untuk mengisi perut mereka anak-beranak, itu sudah cukup membuatkannya rasa bersyukur.

Puasa, raya atau hari biasa tetap sama bagi kami, cuma jika berkemampuan dapatlah belikan pakaian untuk anak-anak," kata wanita tabah ini yang menghidap sakit saraf sejak lebih 15 tahun lalu.

Asmawati dan suaminya, Zalani Mohamad, 36, lebih mengutamakan keperluan harian mereka enam beranak, berbanding keperluan menyambut Ramadan dan Syawal .

Baginya perbelanjaan keperluan harian mereka semua bergantung sepenuhnya daripada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berjumlah RM300 sebulan.

"Pendapatan suami yang bekerja di kilang kayu tidak menentu, bergantung kepada keadaan, namun kami bersyukur kerana walaupun hidup susah, anak-anak tidak banyak karenah.
"Empat anak kami, Mohammad Ameer Aiman, 9; Nurul Kyra Azureen, 6; Nurul Ameera Damia, 3; dan Nurul Syazleen Humairah, 2, seolah-olah memahami kesusahan kami. Keadaan ini menyebabkan mereka lebih matang daripada usia apabila anak kedua rajin membantu saya melakukan kerja rumah," katanya yang terpaksa melakukan kerja rumah dalam keadaan mengengsot.

Apa yang lebih menyedihkan , apabila anak bongsunya hanya diberikan susu pekat manis kerana tidak mampu membeli susu tepung.

"Ini sahaja yang dapat saya berikan jika dia menangis mahu susu. Walaupun hati hiba tapi apakan daya saya kerana saya tidak mampu.

"Namun, kami masih lagi ada tempat berteduh tetapi setiap kali hujan lebat, air akan masuk dalam rumah.
"Ini akan menyebabkan luka di lutut merebak dan berlaku jangkitan kuman kerana air kotor terkena bahagian ini," ujarnya dengan sayu mengenangkan masa depan anak-anaknya.

Sehubungan itu, Asmawati merayu bantuan membaik pulih rumahnya.

Saya risau bila hujan lebat atau musim banjir. Saya kerap bergerak menggunakan lutut yang luka (berlubang), bila basah luka makin teruk dan bimbang berlaku jangkitan kuman,” katanya yang sudah hilang deria rasa sehinggakan tidak merasai sakit walaupun terkena air panas.

Bantuan boleh dihulurkan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (0300541000088062 - Asmawati) atau menghubungi ditalian 011-25765257.

-sinar




0 comments:

Post a Comment