ads

Monday, June 9, 2014

Filled Under:

MEMANG GEMPAK !! Lelaki Ini Cipta Rumah Dalam Pesawat Boeing 727 !!




Seorang pesara jurutera elektrik dari Oregon, Amerika Syarikat telah menjadikan pesawat Boeing 727 sebagai kediamannya  sejak beberapa tahun yang lalu.

Beliau juga kini mencari model pesawat yang lebih besar iaitu Boeing 747 untuk dijadikan rumah keduanya di Jepun lapor Mail Online.

Pada 1999, Bruce Campbell, 64, mempunyai visi mengguna semula pesawat yang sudah tidak digunakan lagi daripada menjadi besi buruk.

"Saya ingin mengubah persepsi semua orang. Konsep ini adalah lebih menarik apabila dapat menggunakan pesawat lama untuk suatu tujuan yang lebih berfaedah,"katanya.

Impiannya telah tercapai tahun lalu apabila dia membeli sebuah pesawat 727 pada harga AS$100,000 (RM321,000) selepas terbaca kisah seorang pendandan rambut dari Mississippi yang menjadikan pesawat sebagai rumahnya .

Berdasarkan maklumat  Campbell juga merupakan salah seorang daripada beberapa orang di dunia yang mengubah pesawat menjadi tempat tinggal menerusi projek yang kreatif.




0 comments:

Post a Comment