ads

Sunday, June 8, 2014

Filled Under:

GEMPAR !! Doktor Berjaya Keluarkan Fibroid Terbesar Dari Rahim Wanita !!


Beberapa orang doktor telah berjaya melakukan pembedahan rumit ke atas seorang wanita untuk mengeluarkan ketumbuhan dalam rahim seberat 14 kilogram dan berukuran lilit 53 sentimeter, yang terbesar dalam dunia.

Wanita yang berusia 52 tahun itu yang dikenali sebagai Latha, menghadapi masalah untuk bernafas dan sentiasa letih selama beberapa tahun, tetapi tidak menyedari ketumbuhan sebesar buah tembikai itu membesar dalam rahimnya.

Dia hanya mampu mendapatkan rawatan di Hospital Kumaran selepas mengalami pendarahan teruk sebulan lalu.

Menurut doktor yang menjalankan ujian , mereka telah mendapati dia terlalu lesu sebelum berjaya mengesan ketumbuhan besar pada permukaan luar rahim yang menyebabkan tekanan pada tubuhnya.

Menurut Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Mani Mekalai berkata, pihaknya terkejut dengan penemuan ini dan menyifatkannya sebagai ketumbuhan paling besar yang pernah dilihatnya .

Menurutnya lagi, fibroid terbesar pernah dikeluarkan pakar perubatan sebelum ini ialah di Afrika yang seberat 10 kilogram.

Berdasarkan saiz fibroid pada Latha, ia mungkin sudah berada di situ lebih 20 tahun lalu,” kata pakar itu. 

Memandangkan ia tumbuh di luar rahim, pesakit tidak menyedarinya,” kata Mani.





0 comments:

Post a Comment