Hasil siasatan seorang lelaki warga Uzbekistan dikesan cuba menyeludup masuk dadah dipercayai methamphetamine atau syabu seberat 14.4 kilogram (kg) bernilai RM2.73 juta menggunakan tujuh bungkusan serbuk kopi pelbagai jenama ke negara ini.
Walau bagaimanapun, taktik itu berjaya dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) apabila lelaki berusia 50 tahun itu melalui pemeriksaan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini dari Tashkent jam 11.45 pagi, Jumaat lalu.
Menurut maklumat Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan dan apabila bagasinya diimbas, pihaknya menemui objek mencurigakan.
“Hasil imbasan dan pemeriksaan lanjut dijalankan menemui tujuh bungkusan serbuk kopi pelbagai jenama dalam bagasinya dan apabila dibuka, terdapat serbuk putih di dalamnya.
“Selepas diuji, ia positif dadah syabu dan pemeriksaan dokumen perjalanan juga mendapati suspek yang mengaku bekerja sebagai tukang masak pernah memasuki negara sebelum ini sebagai pelancong,” katanya semasa sidang media semalam.
Menurutnya, imbasan pada bagasi suspek terbabit mendapati ada imej mencurigakan dan pemeriksaan lanjut menemui ruang rahsia pada belakang bagasi itu yang diisi serbuk putih.
“Pada ruang rahsia itu, diisi serbuk putih disyaki dadah jenis syabu seberat 1.042 kg bernilai RM197,980.
Sumber:Metro
0 comments:
Post a Comment