Kelihatan seorang lelaki berseluar pendek telah menimbulkan kegemparan di kalangan jemaah yang sedang tawaf di Kaabah apabila dia mengamuk di Hijir Ismail.
Lelaki berbangsa Afrika itu tiba-tiba naik ke atas platform sebelum bertindak ganas dengan memecahkan lampu menggunakan kerusi seterusnya terjun ke bawah menyebabkan jemaah semua ketakutan sekitar jam 10 pagi, Ahad lalu.
Melihat kepada keadaan itu pengawal keselamatan Masjidil Haram segera bertindak dengan menahan lelaki yang dipercayai kurang siuman dan membawanya beredar dari situ .
Hijir Ismail merupakan satu kawasan lengkungan berbentuk separa bulatan yang terletak di bahagian utara Kaabah.
0 comments:
Post a Comment