ads

Monday, February 3, 2014

Filled Under:

Lelaki sanggup Hidup isteri guna bomoh..


Kerana rasa cinta yang terlalu mendalam terhadap isterinya, Fahmi (lakonan Johan As’ari) sanggup membelakangkan agama apabila dia mahu menghidupkan semula Rania (Aishah Ilias) yang meninggal dunia akibat terkena runtuhan bangunan kondominium Highland Towers.
Ia semua adalah secebis kisah cinta yang menyayat hari dalam filem Paku arahan P Rameesh terbitan Nusantara Seni Karya. Kisah dalam filem itu sebahagiannya diangkat daripada kisah benar yang menimpa pembantu rumah Indonesia yang terselamat daripada nahas itu. 
Filem seram itu turut dibintangi Wan Hanafi Su, Zaidi Omar, Sidik Hussin, Kamal Adli, Pekin Ibrahim, Azad Jasmin, Diana Johor dan Diddy Hirdy. 


Menurut Rameesh lagi , skrip asal filem ini dihasilkan penulis skrip cerita seram terkenal Indonesia, Alexander dan diolah semula mengikut kesesuaian budaya tempatan oleh Shahriza Mahmud.


“Walaupun ia merupakan cerita seram, filem ini tetap memiliki mesej kekeluargaan yang ingin disampaikan kepada penonton, kata Rameesh.







0 comments:

Post a Comment