ads

Sunday, February 2, 2014

Filled Under:

Hazuri dikatakan mirip suara 'Tegar'


Penyanyi baharu meningkat naik kelahiran Youtube Hazury Harith yang baharu berusia 9 tahun mengakui sering dikaitkan dengan penyanyi Indonesia, Tegar, berikutan kebolehannya dalam bermain muzik dan menyanyi pada usia yang muda.
Namun begitu, Hazury berkata dia akan membawakan genre nyanyian yang berbeza daripada penyanyi Indonesia tersebut.
Saya boleh menyanyikan pelbagai jenis genre, bagaimanapun saya lebih selesa dan meminati lagu berentak rock.
“Selain itu juga, saya juga sering menyanyikan lagu berbahasa Inggeris dan Arab,” katanya.
Penyanyi cilik itu yang kini berada dibawah naungan KRU Muzik ini telah merakamkan single pertama berjudul Warisanmu ciptaan Yusry Abdul Halim yang dibuat khas untuk Hazury.
Lagunya yang berkisar tentang kasih sayang antara anak dan bapa serta ikatan kekeluargaan.
Lebih menarik lagi, ia turut disampaikan dalam loghat Terengganu yang mana mampu menarik perhatian ramai dengan keikhlasan penyampaian kanak-kanak berbakat ini.
Hazury juga telah merakamkan tiga buah lagu bersama KRU Music termasuk Penghibur Jalanan yang bakal dikeluarkan selepas Warisanmu.
Lagu Warisanmu juga akan dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian Youtube KRU Music pada 5 Februari nanti .





0 comments:

Post a Comment