ads

Monday, February 24, 2014

Filled Under:

Kelebihan Bersuami Lelaki Boroi Dan Gemuk..


Malangnya perkataan itu merupakan musuh hampir semua orang yang mahu kelihatan segak .
Kebanyakkan lelaki, mereka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan diri mereka tidak termasuk dalam golongan yang malang itu terutama apabila usia sudah mula menjangkau 40-an.
Namun dalam kita berusaha, hanya sedikit sahaja yang berjaya. Ini juga berkait dengan banyak sebab, pemakanan, gaya hidup juga soal istiqamah dalam melakukan senaman .
Bagi wanita pula, mereka seboleh-bolehnya tidak mahu pasangan boroi kerana hakikatnya, sesiapa yang boroi akan dipandang hodoh .
Namun dalam berdepan dengan isu boroi, kita kadang kala diperdengarkan dengan kenyataan-kenyataan yang membawa maksud bahawa lelaki boroi juga mempunyai kelebihan tersendiri .
Ini termasuk pengakuan oleh wanita sendiri yang saya dapati melalui tinjauan media sosial menyebut bahawa lelaki boroi itu seksi. Namun benarkah begitu ?
Saya mungkin menganggap ia sekadar alasan untuk menyedapkan hati kerana secara relatif, bagaimana boroi mahu dianggap seksi. Apakah kuih yang jadinya tidak mengikut bentuk acuan semestinya sedap?
Namun harus kita ingat bahawa setiap apa yang padanya ada kelebihan, pasti ada kekurangan dan setiap yang dianggap kurang, pasti ada kelebihan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan bagaimana seadanya kita.
Kepada mereka yang termasuk kategori gemuk atau boroi, usahlah lagi bergundah gulana. Jangan dibenci, apa lagi dikeji ‘tembikai masak’ anda kerana di situlah tersimpan rahsia kelebihan diri anda yang tidak banyak diketahui orang.
Kepada isteri-isteri yang suaminya boroi atau gemuk, anggaplah diri anda bertuah kerana zaman sekarang, ramai suami yang tidak setia. Yakinlah selagi mana perut suami anda boroi dan badannya juga gemuk, itulah tanda dia setia dengan cintanya .




0 comments:

Post a Comment