Pastinya anda akan berasa hairan apabila singa di zoo akan menyalak . Itulah yang terjadi di sebuah zoo di Luohe, Henan, China yang mendapat kecaman hebat selepas disyaki cuba menipu pengunjung dengan menggantikan singa kepada anjing.
Perkara ini terbongkar selepas seorang pengunjung yang dikenali sebagai Liu, datang ke zoo berkenaan untuk mengajar anaknya perbezaan bunyi antara binatang.
Liu bagaimanapun terperanjat selepas haiwan di dalam kandang ‘Singa Afrika’ itu tiba-tiba menyalak.
Selepas dilihat dengan teliti, ternyata ‘singa’ itu sebenarnya anjing baka Tibetan Mastiff yang bersaiz besar dan berbulu panjang.
Hal ini dianggap satu penipuan oleh pihak zoo yang mengenakan bayaran sebanyak 15 Yuan (RM8) ke atas setiap pengunjung yang mahu memasuki zoo berkenaan .
0 comments:
Post a Comment