ads

Thursday, January 30, 2014

Filled Under:

JOM TENGOK GAMBAR !! Mata GADIS Ini Mampu X-ray Tubuh Manusia !!









Wujudkah manusia mutan seperti dalam filem X-Men dan bukan khayalan? Mungkinkah wujud manusia sehebat Superman yang mempunyai kemampuan melihat seperti X-Ray? . Namun terdapat laporan tentang orang-orang dengan kemampuan unik, dan salah satunya Natasha Demkina si gadis X-Ray.


Keistimewaan Natasha sudah beredar sejak beberapa tahun lalu. Gadis yang berasal  dari Rusia ini boleh melihat isi tubuh seseorang dan kehebatannya digunakan untuk mendiagnosis penyakit pada masa kini .

Berita itu menggemparkan dan tentunya ia mengundang perhatian saintis. Seperti yang kita tahu, sains perlu mempunyai bukti yang kukuh . Jangan-jangan hoax belaka. Maka Natasha telah dijemput ke London dan New York untuk menjalankan eksperimen saintifik. Ia diminta mencari penyakit yang dideritai pada beberapa orang sebagai sampel ujikaji .

Saintis yang berpengkalan di London agak terkejut. Mereka mengakui kehebatan Natasha. Saintis di Amerika agak ragu-ragu, kerana hanya empat daripada tujuh pesakit berjaya didiagnosis dengan memuaskan.


Mendengar hal tersebut, saintis Jepun pula tertarik dan menjemput beliau ke Tokyo. Selama ujikaji, Natasha boleh melihat bahawa salah satu pesakit mempunyai lutut palsu. Pesakit lain mempunyai letak organ dalam tubuh yang tidak simetri. Ia juga mampu melihat tahap awal kehamilan, bahkan patologi janin pada seorang pesakit wanita yang hamil.Seorang pesakit lelaki dilihat Natasha mempunyai gerbang tulang belakang yang bergelombang. Para saintis Jepun lalu mengambil gambar si pesakit dengan mesin X-Ray, dan kelihatan hasil foto sangat sama dengan hasil diagnosis Natasha.

Akhirnya, setelah tujuh pesakit selesai 'dilihat' Natasha, kesemua yang berada disitu bertepuk tangan hingga bergema dalam ruang eksperimen. Saintis Jepun terpesona dengan kehebatan gadis berusia 26 tahun ini.

Saintis Jepun kemudiannya membawa seekor anjing Rottweiler yang sudah tua. Awalnya Natasha takut melihat muncung si anjing. Namun para saintis meminta agar memusatkan perhatian pada kuku-kukunya. 5 minit kemudian Natasha menunjukkan ada peranti palsu di kaki belakang sebelah kanan dan rupanya anjing rotweiler ini pernah dibedah sebelumnya.

Kesimpulannya, Natasha memang punya kemampuan yang unik, dan mempunyai mata X-Ray yang boleh mendiagnosis penyakit pada mahluk hidup, manusia atau pun haiwan.

Setelah eksperimen hampir selesai, ketika itu tiba-tiba Natasha berkata bahawa ia juga boleh  melihat penyakit walau hanya lewat foto. Para saintis Jepun semakin terkejut.

Tak lama kemudian, satu saintis datang membawa pasport milik seseorang. Kita tahu, hanya terpampang gambar kecil dalam pasport. Selepas Natasha melihatnya, dalam beberapa minit ia berkata, "Orang ini kena penyakit kanser hati."

Selesai. Saintis geleng-geleng melihat kehebatan Natasha. Lantas, mengapa ia sempat gagal ketika diuji oleh saintis Amerika?

"Saya perlu masa untuk mendiagnosis pesakit. Saya boleh melihat ada yang tak beres dalam tubuh mereka di peringkat awal. Namun doktor Amerika dan para pesakit banyak menonjolkan sikap curiga dan tekanan berlebihan terhadap saya, itulah mungkin penyebab masalah dengan saintis Amerika, "katanya pada media sains.








0 comments:

Post a Comment