ads

Thursday, January 30, 2014

Filled Under:

10 Budak Paling Genius di Dunia

1. KIM UNG-YONG 


Manusia ini mempunyai IQ tertinggi di dunia . Dia lahir pada tahun 1962. Anak dari korea ini telah dinobatkan sebagai manusia genius di seluruh dunia. Pada usia 4 tahun beliau sudah boleh membaca huruf jepun, Korea, Jerman dan Inggeris. Pada umur 5 tahun belia telah mampu memecahkan masalah soalan kalkulus. Beliau telah mencatatkan namanya dalam Guinness Book of World Records dengan Highest IQ 210.

2. Gregory Smith


Beliau telah mendapatkan penghargaan nobel pada usia 12 tahun. Lahir pada tahun 1990, beliau telah mencatatkan namanya pada nobel perdamaian berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates yang merupakan perhimpunan anak muda seluruh dunia. Beliau pernah bertemu secara langsung dengan presiden Bush dan Mivhael Gorbacev.

3. AKRIT JASWAL


Diiktiraf sebagai doktor bedah pada usia 7 tahun dan mula mendapat jolokan ‘kanak-kanak terpintar di dunia’ .Beliau merupakan seorang kanak-kanak dari India. Dia juga mengejutkan orang ramai apabila pada awal umur 7 tahun telah melakukan pembedahan pada seorang gadis tempatan di tempatnya. Gadis itu menderita luka terbakar di tangan hingga tanganya tidak dapat dibuka dan jaswal telahpun melakukan pembedahan itu sehingga jemari gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala. ketika ini, dia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia dan diterima masuk di universiti pada usia 11 tahun.

4. CLEOPATRA STRATAN


Penyanyi kanak-kanak berusia 3 tahun dengan gaji 1000 per lagu. Lahir pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Dia telah mencatat sejarah dalam industri muzik sebagai seorang penyanyi. Dengan terhasilnya album pada tahun 2005 La V, Rsta De Trei Ani (pada usia 3 tahun). Dia telah mencatat rekot sebagai artis cilik yang tampil di atas panggung dengan ribuan peminatnya. Dia juga telah menerima penghargaan MTV Award sebagai artis termuda yang mencatat #1 Hit.

5. AELITA ANDRE.


Menjadi seorang pelukis di usia 3 tahun. Anak kelahiran Australia ini ketika itu baru berumur 2 tahun telah menunjukkan kualitinya sebagai genius. Dia sudah memiliki sebuah gedung pertunjukan untuk karya-karya abstraknya. Pada mulanya Mark Jamieson, direktor dari Brunswick Street galeery di Melbourneis Filzroy tertarik melihat sebuah gambar lukisan dari aelita Andre dan dia menginginkan Aelita bergabung dalam kumpulanya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, ia terus saja menyedari bahawa Aelita adalah kanak-kanak yang baru berumur 2 tahun. Namun ia tetap meneruskan pertunjukkanya itu.

6. MICHAEL KEVIN KEAULUS


Keaerny menamatkan pengajian pada umur 10 tahun , lahir pada tahun 1984 . Dan ia tercatat sebagai Sarjana termuda. Beliau yang mengajar di universiti pada usia 17 tahun. Namanya semakin melonjak ketika memenangi sebuah kuiz online . Pada tahun 2006, dia telah mencapai peringkat final di pertandingan burnet/aol perebutal Gold Rush, permainan menguji/teka-teki dan menjadi pemenang pertama 1 juta di dalam permainan realiti online.

7. FABIANO LUIGI CARUANA


Grandmaster pada usia 14 tahun 11 bulan 20 hari. Seorang anak warganegara Amerika dan Itali ini sungguh genius. Pada tahun 2007 dia memperoleh Grandsmaster, dan sejarah telah mencatat namanya sebagai grandsmaster termuda. Pada April 2009 dia memperolehi Elo rating 2649 dalam usianya  di bawah 18 tahun dan telah menjadikanya sebagai orang pertama yang mempunyai ranking terbanyak dan menakjubkan .

8. ELAINA SMITH


Penyiar radio yang baru berusia 7 tahun. Dalam usia 7 tahun Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi usianya . Elaina juga banyak memberikan solusi atau penyelesaian tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan hubungan, bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmoni dan sebagainya.

9. WILLIE MOSOCONI


Mula dikenali sebagai permain biliard profesional pada usia 6 tahun dan mendapat jolokan ‘Tuan Poket Biliard’. Dia berasal dari philadelphia, Pennsylvania dan ayahnya seorang pemilik tempat biliard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain maka dia sering berimprovisasi dengan batang penyapu milik ibunya. Ayahnya telah melihat bakat anaknya yang sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya. Antara tahun 1941 dan 1957, dia telah memenangi BCA World Championship selamnya 15 kali tanpa pernah kalah walau sekalipun. Dia telah mencipta pelbagai trick dan tipu muslihat dan dia juga telah mencipta banyak rekod dan ini menjadikan biliard sebagai sukan yang terkenal.

10. ADI PUTRA


Siapa yang tidak mengenali dengan kanak-kanak cilik ini. Ia lahir pada 27 Januari 1999 merupakan seorang kanak-kanak pintar dalam matematik .Beliau pernah mengikuti program A-level Kolej Matrikulasi UIA malaysia. Ia berasal dari pekan kecil Bagan Serai, perak dan merupakan kanak-kanak pintar di Malaysia. Pada Ogos 2008, Berita Harian melaporkan kehebatan Adi putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar tahun satu hingga enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru dekat bagan serai .




0 comments:

Post a Comment