ads

Saturday, January 25, 2014

Filled Under:

Arang hilangkan bau badan

                                                   

Ramai orang yang tidak menyedari mereka mempunyai masalah bau badan yang kurang menyenangkan. Walaupun telah menggunakan pelbagai produk deodoran dan minyak wangi, ia tidak akan bertahan lama. Rakan sekerja atau teman rapat pula kadang-kadang tidak mahu memberitahu kerana tidak mahu mengecilkan hati rakan .

Masalah bau badan ini boleh dapat diatasi dengan melakukan rawatan-rawatan tertentu yang ada pada masa kini .

Menyedari tentang masalah bau badan yang dialami oleh sesetengah golongan ini, Spa Telaga Bunga telah menyediakan beberapa rawatan arang yang dapat membantu bagi mengatasi masalah tersebut .


Rawatan ini berkonsepkan kontemporari Melayu dengan hasil gabungan rawatan India dan sentuhan Indonesia ia bukan sahaja dapat menghilangkan bau badan tetapi juga bagi merawat belakang badan yang berjerawat, bagi menarik toksin keluar dari badan dan bagus untuk mereka yang sudah lama tidak melakukan skrub badan.


Menurut konsultan spa Telaga Bunga, Ayu Mudiasih, bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan arang ini ialah rempah-rempah dan herba yang kesemuanya adalah buatan tempatan.

Di antaranya ialah arang kelapa sawit, tepung soya dan tepung beras. Tepung soya mengandungi vitamin C, tepung beras pula bagi menegangkan kulit dan arang bagi menyerap minyak yang berlebihan.


"Rawatan ini masih baru di Malaysia dan ramai yang masih belum tahu mengenainya. Di Amerika Syarikat dan Jepun, rawatan ini popular sebagai pupur muka bagi mengatasi masalah jerawat.

"Pelanggan yang mengambil pakej akan dibersihkan kaki terlebih dahulu dan kemudian bahagian belakang dan hadapan badan disapu rata menggunakan bahan campuran arang.

"Setelah itu badan akan dibungkus selama 30 minit bagi mengaktifkan arang menarik keluar toksin dan bau yang terperap di dalam badan. Sementara menunggu tempoh 30 minit itu, ahli terapi akan melakukan urutan di kepala.

"Selesai rawatan tersebut, pelanggan akan dimandikan dalam air bunga. Setelah badan dikeringkan, badan pelanggan akan diurut lagi selama satu jam. Keseluruhan rawatan ini mengambil masa selama dua jam," kata Ayu Mudiasih .

Tambah beliau, pelanggan akan dapat merasai kulit mereka menjadi lembut, tegang dan halus kerana sel kulit mati telah dapat dibuang.

Sebaik-baiknya, ujar beliau, lakukan rawatan ini dua kali sebulan, sementara bagi mereka yang lebih bermasalah, lakukan seminggu sekali.

Daripada segi pemakanan pula, kata Ayu, banyakkan makan ulam-ulaman dan buah-buahan serta kurangkan makan daging merah dan makanan berminyak.
Bayaran pakej bagi rawatan arang ini ialah RM360++ namun harga promosi ialah RM199++.




0 comments:

Post a Comment