ads

Saturday, May 7, 2016

Filled Under:

INFO TERKINI !! Nelayan Temui Mayat Ketiga, Penyelamat Alami Sedikit Kesukaran Dekati Jeti Kerana Air Surut !



# Kuching: Pasukan penyelamat mengesahkan telah mengesahkan menemui mayat ketiga nahas helikopter yang berlaku di Sebuyau di mana mereka telah menghadapi sedikit kesukaran untuk memindahkan mangsa kerana air surut dan menyebabkan bot tidak dapat mendekai jeti Lingga, menurut laporan  Berita Harian ……….

#Penyelamat juga terpaksa menggunakan bot kecil bagi memindahkan mayat ketiga yang kini berada di atas kapal peronda Pasukan Polis Marin ………...

#Mayat berkenaan juga telah dijumpai kira-kira jam 10.30 pagi tadi tidak jauh dari lokasi mayat kedua yang ditemui awal pagi tadi ……….

#Kira-kira jam jam 1.25 tengah hari tadi mayat berkenaan dilaporkan telah berjaya dipindahkan ke jeti Lingga sebelum ianya diterbangkan ke Kuching untuk proses pengecaman dan bedah siasat…….. 

#Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 10.30 pagi tadi oleh nelayan sebelum memaklumkan pasukan penyelamat ……...

“ Lokasi penemuan juga tidak jauh dari lokasi mayat kedua ditemui kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Bagaimanapun, anggota penyelamat hanya mengalami sedikit kesukaran ke lokasi kerana air surut,” ujarnya…...

#Dari Jeti Lingga, mayat akan terus diterbangkan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga ke Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching menggunakan pesawat Nuri untuk bedah siasat selanjutnya .... …….


sumber bhonline




0 comments:

Post a Comment