ads

Friday, May 6, 2016

Filled Under:

INFO TERKINI !! Nahas Sebuyau, Gambar Serpihan Helikopter Hilang Yang Dijumpai Pihak Penyelamat !


#Perdana Menteri baru sahaja sebentar tadi telah mengesahkan pihak penyelamat telah menjumpai serpihan helikopter helicopter Eurocopter AS350 yang dilaporkan hilang petang semalam di Sebuyau. Menurut lapor Sinar Harian.
Menurut beliau lagi maklumat penemuan itu telah diterima pada jam 9.50 pagi tadi.

"Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahagian lain telah dijumpai . Pasukan SAR juga akan berusaha mencari badan utama helikopter tersebut," katanya pada sidang media.

#Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Menurut Perdana Menteri lagi , lokasi yang dijumpai adalah di sekitar Sungai Batang Lupar dan ianya menyukarkan lagi operasi mencari dan menyelamat.

#Helikopter berkenaan yang diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas telah membawa enam orang termasuk juruterbangnya itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

 #Penumpang lain yang turut berada dalam pesawat terbabtik iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri .




creadit : siakapkeli




0 comments:

Post a Comment