ads

Saturday, May 7, 2016

Filled Under:

INFO TERKINI !! Mangsa Kelima Nahas Helikopter Ditemui Petang Tadi !


#SHAH ALAM - Mayat kelima mangsa nahas helikopter AS350 dilaporkan telah ditemui pada jam 6 petang tadi dan ianya telah dibawa ke jeti Pekan Lingga kira-kira jam 6.50 petang tadi ……...

Memetik laporan Bernama Radio, pengesahan itu telah dibuat melalui Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Lingga …….#

Laporan itu juga menyebut polis berkata , mayat tersebut telah ditemui di Tanjung Beleban, kira-kira 2.5 kilometer dari pusat operasi SAR Lingga …...

#Sebelum ini empat mangsa sudah ditemui sejak semalam dengan tiga daripadanya sudah dikenal pasti identitinya ……...

Mangsa pertama , Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon telah ditemui pada jam 12 tengah hari semalam dan telah selamat dikebumikan malam tadi ……….#

#Manakala mayat kedua yang ditemui telah disahkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, mendiang Datuk Dr Sundaran Ann Amalai dan mayat ketiga disahkan sebagai pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun ……...

Setakat ini, hanya seorang lagi mangsa nahas helikopter yang dilaporkan hilang Khamis lalu masih belum ditemui……..#

Nantikan berita selanjutnya sebentar nanti ………...
sumber sinarharian




0 comments:

Post a Comment