ads

Friday, May 6, 2016

Filled Under:

INFO TERKINI !! Jenazah Allahyarhamah Noriah Kasnon Selamat Dikebumikan Malam Tadi....


#TANJUNG KARANG : Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Sungai Burong, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi . Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah Noriah telah tiba di Masjid Ar-rahmah Batu 12 untuk solat jenazah ......... 

#Jenazah Allahyarhamah telah diterbangkan dari Pangkalan Udara Kuching ke Pangkalan Udara Subang dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Charlie C130 yang tiba kira-kira jam 11.30 malam tadi ...... 

Antara yang telah hadir menziarahi jenazah Allahyarhamah Noriah, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, Naib Presiden Gerakan Datuk A Kohilan Pillai dan Naib Presiden PKR, Tian Chua ....#

#Allahyarhamah juga telah meninggalkan empat anak, dua lelaki dan dua perempuan iaitu Mohd Shafiq Ishak, 29; Ain Shafinas Ishak, 24; Anis Athirah Ishak, 21, dan Adam Aidid Suhaili, 19, serta seorang anak angkat, Adam Mukhriz Abdullah yang berusia kira-kira tiga tahun ........ 

#Mayat Noriah telah ditemui oleh pasukan penyelamat kira-kira tengah semalam di Sungai Batang Lupar, Sebuyau, Sarawak . Lima lagi penumpang dan juruterbang pesawat Eurocopter AS350 Écureuil yag dinaiki Allahyarhamah Noriah, iaitu suami Noriah, Asmuni Abdullah , Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai , Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad , pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas masih lagi belum ditemui .........

sumber bhonline




0 comments:

Post a Comment