Adakah anda tahu tanda di
sebalik ciuman suami anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat suatu rahsia?
Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman?
Kalau si lelaki atau pun
wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak-kanak kecil yang comel, ia boleh dilihat
sebagai tanda kasih dan sayangnya terhadap kanak-kanak tersebut . Tetapi
apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi seorang wanita, apakah tanda
dan rahsia di sebaliknya?
Jom bongkar rahsia disebalik ciuman seorang suami
terhadap isteri !
CIUMAN BELAKANG TANGAN
Ciuman atau Kucupan pada
Tangan Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia
menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yang bersopan akan
mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan
orang yg berkenaan.
Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu
bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan
seterusnya.. Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya,
apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu
menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita
tersebut sebagai seorang yang istimewa dalam hidupnya.
CIUMAN DI DAHI
Selalu juga kita saksikan
seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? Jika anda
pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi ,itu tandanya si dia begitu kasih
terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat merasakan getaran kasihnya
pada anda begitu syahdu.
CIUMAN PIPI
Jika pasangan anda
mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda
sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang
pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan
oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga
apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi
menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus
bersemi.
CIUMAN CINTA
Saat anda berdiri,
tiba-tiba suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda
dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya. Lalu
sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang
ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang
terhinggap.
KUCUPAN DARI BELAKANG
Pernahkan anda dikejutkan
oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk
mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup
tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram
terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda
patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia mengidamkan anda!
KUCUPAN LUTUT
Betapalah lelaki ini
telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yang sanggup mencium
lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar
minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan
kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.
CIUMAN DI HUJUNG KAKI
Ia amat jarang dilakukan
oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam
India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa.
Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat , itu petanda si lelaki
berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda. Anda boleh
menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga.
Lelaki juga pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja untuk mendapat
perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yang anda
tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.
kredit: hazissac
0 comments:
Post a Comment