ads

Wednesday, November 5, 2014

Filled Under:

TERKINI DAN SENSASI !! Cameron Highland Dilanda Banjir Teruk Awal Malam Semalam !!


Cameron Highland merupakan tempat yang sesuai dilawati  semasa cuti persekolahalan . Namun apa yang mengejutkan apabila dua orang maut dalam kejadian banjir lumpur yang dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai Ringlet yang mula melimpah naik awal malam tadi.

Selain itu, terdapat seorang buruh kebun sayur parah manakala tiga lagi dikatakan cedera ringan akibat tersepit di dalam bengkel kereta berikutan tanah runtuh yang berlaku di pekan Ringlet.

Menurut maklumat daripada Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah merupakan warganegara Nepal yang dikenali sebagai Yusof, dan berusia awal 30-an.

"Pekerja itu maut tertimbus manakala remaja itu pula dipercayai lemas di Kuala Terla. Buruh yang parah itu pula dipercayai warga Indonesia.

"Kedua-dua jasad sudahpun dikeluarkan oleh pasukan keselamatan dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat , keadaan itu dipercayai berlaku berikutan hujan lebat yang berterusan di beberapa kawasan di daerah itu.


Menurutnya lagi, jika keadaan hujan lebat berterusan berkemungkinan pintu empangan Sultan Abu Bakar harus dibuka bagi melepaskan air mengalir .

Menurutnya lagi , keadaan itu berkemungkinan besar bakal menyebabkan berlakunya banjir lumpur di kawasan Bertam.

"Pengosongan di kawasan terbabit sudahpun dijalankan dan pusat pemindahan sudah dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat kejadian itu.

"Enam buah kereta dilaporkan telah hanyut dalam kejadian itu dan angka sebenar kemusnahan masih belum diperolehi ," ujarnya ketika ditanya.

Menurutnya lagi ,  150 orang daripada 37 keluarga dari Kampung Baru Ringlet yang terjejas akibat limpahan Sungai Ringlet kini telah ditempatkan di Dewan Serbaguna Ringlet, Cameron Highlands.

Salah seotang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lesley, berkata, air lumpur sehingga paras lutut bersama sampah sarap telah menghentam kawasan terjejas dengan cukup dasyat sekali .

"Seorang rakan saya cedera dan dia terpaksa dibawa menggunakan ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat daripada kejadian itu.

"Selain itu juga beberapa kenderaan turut  terjejas teruk akibat daripada banjir besar yang melanda kawasan mereka ," ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi , hujan masih lagi lebat di kawasan berkenaan sehingga jam 9.30 malam dan bimbang keadaan itu akan menjadi lebih buruk lagi .

Sementara itu, Ketua Kampung Ringlet Looi Chin Chin berkata, lebih daripada 20 buah rumah terjejas berikutan banjir yang melanda .

Difahamkan juga kejadian berkenaan berlaku kira-kira empat kilometer daripada kawasan tragedi Lembah Bertam yang telah mengorbankan hampir empat nyawa pada 23 Oktober tahun lalu.

mymetro




0 comments:

Post a Comment