ads

Sunday, November 30, 2014

Filled Under:

JOM TENGOK GAMBAR !! Sedih ! Kesetiaan Seekor Anjing Pada Tuannya Yang Telah Tiada !!


Memang cukup mengharukan apabila melihat kesetiaan seekor anjing yang tidak pernah padam menunggu tuannya muncul, walaupun pada hakikat sebenar, tuannya sudah meninggal dunia setahun yang lalu.
Ianya diberi nama Masha, seekor anjing baka Brown Dachshund, yang kerap kali datang ke Hospital Daerah Novosibirsk setiap hari selama dua tahun, semenjak tuannya dimasukkan ke sana.
Lebih bertambah pilu, Masha merupakan satu-satunya pelawat yang sering datang menjenguk tuannya itu pada setiap waktu siang, dan kemudiannya pulang ke rumah untuk mengawasi kediaman milik tuannya itu pada sebelah malam.
Walau bagaimanapun, selepas setahun ditahan di hospital, akhirnya tuan kepada anjing tersebut menghembuskan nafas terakhir. Namun Masha, masih tetap meneruskan rutin hariannya muncul setiap hari di hospital berkenaan selepas itu.
Ramai yang menyangka , Masha masih menanti tuannya seperti dilakukan sejak setahun yang lalu, mungkin kerana dia sudah tidak punya tempat tinggal dan sesiapa lagi di dunia ini .


Walau bagaimanapun Kesetiaan Masha terhadap tuannya sungguh meruntun hati para staf di hospital berkenaan, lantas mereka akan memastikan Masha mendapat tempat tidur yang selesa dan makanan mencukupi setiap kali dia tiba di sana .
Dia masih setia menunggu lelaki itu, tuannya,” ujar salah seorang jururawat, Alla Vorontsova .
Tambahnya lagi, “Baru-baru ini, terdapat beberapa buah keluarga yang cuba menjaganya, namun tak sampai sehari, dia melarikan diri dan kembali ke sini.”
Apa yang pasti, anjing merupakan haiwan yang paling setia dengan tuannya. Kisah seperti itu pernah di adaptasikan melalui filem Hachiko lakonan Richard Gere yang cukup meruntun jiwa pada sesiapa yang menontonnya .





0 comments:

Post a Comment