ads

Thursday, November 27, 2014

Filled Under:

JOM BACA !! Masjid Terapung Kuala Terengganu Digemparkan Dengan Penemuan ....!!


Memang cukup menggemparkan apabila seorang kanak-kanak lelaki telah ditemui lemas di kuala sungai, belakang Masjid Tengku Tengah Zaharah  petang tadi. 
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat ,  pihaknya telah dimaklumkan mengenai penemuan mayat kanak-kanak itu menerusi panggilan daripada orang awam sekitar jam 3.20 petang, sebelum enam anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian. 
Mayat kanak-kanak malang itu masih belum dikenal pasti dan dianggarkan berusia 10 tahun, bagaimanapun mayat telah dibawa ke darat oleh orang awam kira-kira jam 4 petang tadi. 
Berdasarkan maklumat dari orang awam , mangsa dipercayai ke kuala sungai itu untuk mandi bersama beberapa rakannya sebelum dia dipercayai lemas.
Ekoran daripada itu , akibat terlalu panik dan takut, rakan-rakannya dipercayai telah lari dan meninggalkan lokasi kejadian. 
"Mayat mangsa juga telah diserahkan kepada pihak polis sehingga ianya dituntut oleh keluarga kanak-kanak berkenaan," ujarnya.
-bhonline




0 comments:

Post a Comment