ads

Saturday, October 11, 2014

Filled Under:

JOM BACA !! Kanak-Kanak Tersalah Bawa Gula-gula Rupa-rupanya Cukup Mengejutkan !!



Seorang kanak-kanak yang berusia empat tahun telah membawa hampir 249 bungkusan heroin ke pusat jagaan kanak-kanak dan mengagihkan dadah kelas A itu seperti gula-gula kepada beberapa rakan-rakannya.

Seorang pengasuh telah menelefon pihak polis selepas melihat kanak-kanak berkenaan membelek bungkusan itu.

Ibu budak itu, Ashley Tull, 30, telah ditangkap dan dituduh memiliki dadah di samping tiga tuduhan membahayakan kebajikan kanak-kanak.

Menurut pihak polis di Delaware berkata, ujian yang dilakukan terhadap kandungan bungkusan itu mengesahkan bahawa ianya adalah heroin.

Kanak-kanak itu juga dikatakan tersilap membawa beg berisi heroin selepas beg yang biasa dibawanya dikoyakkan oleh kucing keluarganya.

Menurut pihak polis, kanak-kanak berkenaan menyangka bungkusan itu gula-gula yang dibekalkan oleh ibunya.

Ashley yang juga mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun dan seorang lagi anak perempuan berumur 11 tahun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$6,000 sementara anaknya diletakkan di bawah penjagaan seorang anggota keluarganya (RM19,600) – Agensi 





0 comments:

Post a Comment