Pastinya ia suatu persandingan yang cukup manis apabila seorang penolong penerbit TV sebuah stesen penyiaran tanah air ‘dikejutkan’ dengan permintaan hadirin yang mahukan dia dan pasangannya menari tarian zapin.
Ianya berlaku sewaktu sekumpulan penari zapin sedang menghiburkan pasangan mempelai dalam majlis persandingan mereka di Felda Kemelah, Segamat, Johor semalam.
Oleh kerana tidak mahu menghampakan tetamu yang datang, Norishah Mohd. Aris dan suaminya Mohd
Fuad Hussaini, kedua-duanya berusia 27 tahun pun ‘mengatur langkah’ menari tarian Zapin .
Nasib baik kedua-dua mereka memang sama-sama pernah mewakili daerah dalam pertubuhan kebudayaan Felda di kampung mereka suatu ketika dahulu .
Jadi ‘step’ tu masih ingat lagi sikit-sikit...
Walau bagaimanapun tahniah kepada kedua-dua mempelai kerana ‘sporting’ menghiburkan tetamu yang hadir .
Semoga mereka berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat ....amin – Mynewshub.my

0 comments:
Post a Comment