Pastinya jika anda berkunjung ke Bandar Chiba di Jepun, jangan terkejut jika anda akan terserempak dengan kelibat superhero ‘Batman’ di jalan raya.
Jika diperhatikan dia memakai satu sut lengkap dan menaiki motosikal khas, ‘Batpod’ sama seperti dalam komik atau filem
‘Batman’, dan dia lebih dikenali sebagai ‘Chibatman’ di kalangan penduduk tempatan.
Pekerjaan tersebut sudah lama dilakukannya sejak tiga tahun lalu dan kehadirannya ternyata menjadi
tumpuan orang ramai yang berpusu-pusu untuk mengambil gambar dengannya apabila mereka terseremak dengannya .
Kebanyakan gambar juga menunjukkan dia beraksi sebagai warganegara contoh termasuklah menunggu
dengan penuh kesabaran ketika lampu isyarat merah, atau berbual dengan orang ramai yang ada disekelilingnya .
Matlamatnya utamanya cukup mudah iaitu mahu membuatkan orang ramai gembira selepas berlakunya tsunami yang
melanda negara itu pada tahun 2011.
“Dia juga nampak berbeza. Dia menjadi topik hangat sekarang. Semua orang berkata dia memang menarik dan
unik,” ujar salah seorang peminat ‘Chibatman’ yang telah ditemubual .
0 comments:
Post a Comment