Jika diperhatikan apek tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di badaraya Singapura.
Namun begitu tidak ramai yang mengenalinya atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya yang sebenar .
‘Apek’ yang dimaksudkan ini sebenarnya adalah Lim Siong Guan .
Untuk pengetahuan anda semua , Lim adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah di Singapura.
Jawatan yang disandangnya itu adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayunya ialah Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.
Jika diperhatikan betul-betul , punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ dia dimana beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun yang lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat.
Jika di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat untuk melakukannya .
Berbeza dengan rutin kerja orang lain , bagi Lim rutinnya empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia seperti di Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.
Lim juga menolak untuk diberikan limosin yang sesuai dengan kedudukannya kini , malah cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yang beliau singgah.
Lim yang berusia 67 tahun, dia digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah sahaja .
Tapi soalan yang paling kerap beliau tanyakan kepada pekerjanya ialah ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”
Agak-agaknya ada tak mana-mana CEO GLC yang berada di Malaysia ini yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan oleh Lim?
Bak kata pepatah tepuk dada tanya selera .
- Mynewshub.my
0 comments:
Post a Comment