ads

Monday, September 29, 2014

Filled Under:

JOM TENGOK !! Peti Ais Ini Milik Mat Bangla Memang Mengejutkan !!


Menurut Laman Facebook Oh Media, hari ini telah memaparkan sekeping gambar sebuah peti ais yang isi kandungannya memang cukup pelik.

Di dalamnya, terdapat ubat gigi, baju, sabun mandi, berus membasuh dan di bahagian sejuk beku nampaknya seperti disimpan bahan-bahan makanan basah.

Itu sebenarnya merupakan gambar peti sejuk di dalam sebuah rumah seorang warga Bangladesh yang  bekerja di Malaysia.

Menurut Facebook Oh! Media, mereka telah menerima gambar berkenaan hasil kiriman pembaca laman web mereka yang merakamkan gambar peti ais pelbagai guna ini semalam.

Salam, di sini saya sumbangkan sedikit bahan, baru snap semalam, dia ini Bangla, jiran saya.



“Tengah lepak di luar dia ajak masuk rumah, saya buka peti ais dia ini yang saya jumpa,” kata status di Facebook berkenaan.

Menurut pengirim juga, peti ais itu masih berada dalam keadaan baik.

Kasihan mereka, lantaran kehidupan yang cukup daif dan pendapatan yang sedikit mereka sanggup terpaksa berada dalam keadaan tidak terurus seperti itu.

Penulis juga tidak tahu apakah benda-benda lain yang disumbat lagi ke dalam pemilik peti ais ini bagi memenuhkannya.

Jika anda mencari peti ais terpakai untuk dibeli di laman web membeli-belah online, pastikan ini bukan peti ais yang akan anda beli. – MYNEWSHUB 




0 comments:

Post a Comment