Pada ketika saat segelintir rakyat Malaysia mempertikaikan apa perlunya berdiri ketika lagu kebangsaan,
‘Negaraku’ dimainkan di pawagam, mungkin kita perlu mengambil contoh dari negara jiran terdekat kita iaitu ,
Thailand.
Untuk pengetahuan kita semua, di negara itu lagu kebangsaan akan dimainkan dua kali sehari iaitu pada
jam lapan pagi dan enam petang.
Ia termasuklah juga di stesen televisyen, radio, stesen keretapi, tempat awam dan juga bangunan
kerajaan.
Amalan ini telah diperkenalkan sejak dari penghujung tahun 1930-an lagi oleh Perdana Menteri
Phibunsongkhram dan diteruskan sehingga ke hari ini.
Sebaik sahaja lagu kebangsaan dimainkan, orang ramai akan berdiri dan menghentikan segala aktiviti mereka
buat seketika.
Bagi mereka yang baru pertama kali berkunjung ke negara itu, mereka mungkin berasa agak pelik melihat
apa yang berlaku disana .
Namun kebanyakan mereka akan terus berdiri seperti mana yang dilakukan oleh penduduk
tempatan disitu .
Berbalik kepada sikap segelintir rakyat di negara kita, lagu kebangsaan dimainkan di pawagam yang agak
tertutup pun boleh dijadikan isu yang besar .
Inikan pula jika ianya dipasang di pasar awam seperti di negara Thailand.
Entah berapa banyak pula keluhan dan kritikan yang diterima agaknya ya?
Jom kita layan video dibawah moga-moga akan memberikan kita lebih semangat patriotik kepada kita betapa pentingnya menghormati lagu kebangsaan negara .
Jom kita layan video dibawah moga-moga akan memberikan kita lebih semangat patriotik kepada kita betapa pentingnya menghormati lagu kebangsaan negara .
0 comments:
Post a Comment