Pastinya setiap kali kita mendengar kisah janggut yang cantik, sudah tentu ada seorang wanita yang hebat di belakangnya .
Isaiah Webb, merupakan seorang pekerja di syarikat Sony di San Fransisco, kini menjadi terkenal kerana janggutnya yang begitu menakjubkan.
Setiap hari Isnin, Webb akan menyiarkan gambar janggutnya yang digubah menjadi bentuk luar biasa.
“Isteri saya meminati fesyen, dan dia menyukai janggut,” katanya kepada Huffington Post.
Antara gambar yang disiarkan oleh Webb yang paling mendapat perhatian adalah janggutnya yang berbentuk mangkuk.
Dengan cita rasa hebat isteri Webb dalam fesyen , ia menjadikan minat luar biasa suaminya berbaloi sehingga mereka berdua terpilih menjadi satu karektor dalam buku terbaru Ripley's Believe It Or Not!, ‘Reality Shock!’ yang akan diterbitkan pada 9 September depan. Webb juga mula berjanggut ketika dia berusia 11 tahun lagi .
Empat tahun yang lalu, janggutnya itu sudah cukup panjang untuk dijadikan pelbagai bentuk dan gaya yang tersendiri .
“Kami tidak menyangka ia akan menarik perhatian orang ramai. Ia amat menyeronokkan dan kami mengambil keputusan membentuknya sekerap mungkin,” ujar Webb.
Tetapi akhirnya mereka kehabisan idea untuk mencipta rekaan baru dan mula meminta pendapat peminat.
Kini, Webb sudah mula menceburkan diri dalam perniagaan penjagaan rambut. Dia juga bakal mengeluarkan sikat khas yang diciptanya untuk mereka yang berjanggut panjang.
“Ia mempunyai berus khusus yang boleh menguraikan janggut yang bergulung. Anda boleh menyikat janggut anda walaupun ia basah,” katanya.
Menurutnya, ini bukan satu-satunya impiannya.
Webb berkata, dia benar-benar mahu membawa pendedahan meluas terhadap pertandingan janggut di Amerika Syarikat. - Agensi
0 comments:
Post a Comment