ads

Saturday, August 16, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! Seorang Lelaki Sanggup Telan Wang Tunai RM327,000 Kerana ....


Agak menggemparkan yang berlaku di Teluk Montego apabila seorang lelaki warga Venezuela ditangkap kerana cuba menyeludup wang tunai berjumlah AS$103,500 (RM327,000) dari Jamaica selepas dia bertindak menelan lebih 80 bungkusan plastik mengandungi wang berkenaan.
Eddy Alberio Mancipe Ortega, 41, telah ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Sangster di Teluk Montego ketika hendak berlepas ke Trinidad.
Disamping itu , Ortega turut mengaku kepada polis bahawa dia menghabiskan masa dua hari untuk menelan bungkusan plastik berkenaan.
Menurut akhbar The Gleaner, dia juga telah dihukum penjara tiga bulan oleh pihak berkuasa Jamaica.
Oleh kerana dia sudah ditahan sejak lapan bulan lalu, Ortega telah diusir ke negara asalnya serta-merta.
Sehubungan dengan itu, Jamaica kini telah meningkatkan pemeriksaan terhadap mereka yang meninggalkan negara itu.
Menurut Ketua Bahagian Siasatan Kewangan Justin Felice berkata, ini kali pertama pihaknya menemui wang tunai diseludup dari Jamaica dengan cara itu.
Ia menggambarkan bagaimana orang akan menjadi kreatif untu mengelak dikesan pihak berkuasa yang cuba memerangi pengubahan wang haram,” katanya. – Agensi




0 comments:

Post a Comment