Semasa kanak-kanak lain yang sebaya dengannya masih lagi baru dalam menguasai asas sukan, Jaden Newman, 9, sudah mula bermain bola keranjang bagaikan seorang pemain profesional.
Ekoran daripada itu dia sudah mendapat panggilan daripada pihak Universiti Miami yang telah menawarkan tempat kepadanya jika dia ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej suatu hari nanti.
Ia secara tidak langsung melayakkan dia untuk terus menyertai pasukan bola keranjang universiti tersebut .
Biarpun dia hanya memiliki ketinggian empat kaki lima inci, dia sudah pun mewakili pasukan sekolah tinggi Downey Christian untuk dua musim berturut-turut .
Menurut bapanya yang merupakan jurulatih pasukan, Jamie Newman, Jaden sudah bermain bola keranjang sejak usianya tiga tahun lagi.
Ditanya adakah perhatian oleh pihak universiti akan menimbulkan tekanan pada Jaden, dan ini jawabnya:
“Saya masih rasa seperti seorang pelajar gred empat yang normal. Saya akan terus berlatih dan meneruskan apa yang saya lakukan kini.”ujarnya.
0 comments:
Post a Comment