Memang agak mengejutkan apabila seorang gadis cantik dari Filipina dengan beraninya membuat keputusan untuk memuat naik sebuah video yang bertujuan untuk bertemu kembali dengan jejaka kacak yang ditemuinya di MRT Singapura, baru-baru ini.
Video ini juga telah menjadi viral di mana ramai pihak berkongsikan rakaman video gadis tersebut yang membuat pengakuan telah jatuh cinta terhadap jejaka idamannya itu.
“Adakah anda pernah mempunyai seseorang yang sangat menarik hati anda, tetapi anda tidak melakukan apa-apa apabila melihatnya? Ya, perkara itu terjadi pada saya dan malangnya saya tidak berbuat apa-apa mengenainya.
“Jadi saat ini saya akan melakukan sesuatu. Saya perlu bantuan anda semua untuk menemuinya,” ujar wanita tersebut .
Wanita ini juga telah menyertakan gambar lelaki dambaannya itu yang sememangnya sangat kacak seperti seorang model.
Mungkin jika semakin ramai yang share video ini, berkemungkinan besar wanita ini boleh jumpa balik jejaka ini, namun ada juga pelayar Internet mengatakan entah-entah hatinya akan bertambah kecewa sekiranya mengetahui lelaki tersebut sudah pun berpunya atau pun merupakan suami orang.
Namun ada betul juga segala tanggapan tersebut, namun tidak kurang juga ramai yang memuji tindakan berani wanita tersebut menyatakan isi hatinya yang boleh dilihat oleh masyarakat seluruh dunia.
MYNEWSHUB
0 comments:
Post a Comment