ads

Tuesday, June 10, 2014

Filled Under:

SENSASI !! Jom Kenali Siapa Puteri Cik Siti Wan Kembang !!





Menurut maklumat yang diperolehi cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad telah berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D'Raja iaitu merupakan sepupu kepada Raja Hussin .


Baginda juga telah dikurniakan seorang Puteri dan kemudiannya diberikan nama Cik Wan Kembang .

Setelah kelahiran Puteri Cik Wan Kembang , baginda Sultan Ahmad telah mangkat dan ketika itu Puteri Cik Wan Kembang masih berusia 4 tahun . 

Ekoran daripada kemangkatan Sultan Ahmad , Raja Hussin dari Johor telah dilantik sebagai pemangku raja kerana Puteri Cik Wan Kembang yang masih kecil . 

Pada tahun 1610 , Raja Hussin pula mangkat dan secara tidak langsung Puteri Cik Wan Kembang telah dilantik menjadi raja .

Dibawah pentadbiran Puteri Cik Wan Kembang , negeri itu bertambah maju dan masyur kerana ramai pedagang datang berniaga termasuklah dari Arab . 

Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’. Kemudian Gunung Cinta Wangsa yang terletak di Ulu Kelantan telah dijadikan pusat pentadbiran negeri itu .

 Ekoran daripada itu baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.






0 comments:

Post a Comment