ads

Monday, June 16, 2014

Filled Under:

MESTI TENGOK !! Jurang Mariana Merupakan Antara Jurang Terdalam Di Dunia Di Dasar Laut !!



Jika diperhatikan jurang Mariana terletak di dasar Lautan Pasifik, di Timur Mindanao, Filipina. Jurang ini juga membentuk sempadan diantara 2 plat tektonik di antara Plat Pasifik dengan Plat Filipina .



Jurang Mariana ini merupakan jurang yang paling dalam di dunia ( lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi). Kedalamannya boleh mencecah sehingga 11 kilometer dalamnya .


Jurang sepanjang 2550 kilometer ni juga memiliki kelebarannya sehingga 69 kilometer luasnya .


Bahagian dasar laut di Jurang Mariana juga menerima tekanan air yang sangat kuat sehingga 108.6 MPa, iaitu lebih dari 1000 kali ganda tekanan atmosfera piawai pada aras laut .



Berdasarkan maklumat puncak Gunung Everest lebih kurang 8 kilometer dari aras laut. Sementara bahagian paling dasar Jurang Mariana pula mencecah sehingga 11 kilometer dari aras laut. Ini bermakna kedalaman Jurang Mariana jauh lebih tinggi daripada ketinggian Gunung Everest.


Dengan dasar yang sangat dalam dan gelap, pasti tersimpan 1001 misteri yang tersembunyi di dalam jurang tersebut. Antaranya ialah jenis hidupan marin yang mampu hidup dan membiak di dalam habitat yang sebegitu dalam. Pastinya ia tidak sama dengan hidupan yang hidup di permukaan dan pertengahan laut .

Jom kita saksikan kebesaran Allah Ta’ala melalui ciptaan2Nya yang cukup unik dan penuh 1001 misteri. Ini merupkan antara hidupan marin yang terdapat di celah Jurang Mariana yang berjaya dirakamkan .











0 comments:

Post a Comment