ads

Saturday, June 21, 2014

Filled Under:

MESTI BACA !! 8 Sebab Mengapa Sesetengah Orang Sering Tukar Kekasih !!



1)Mereka orang yang kurang kasih sayang. 
Mereka biasanya akan mudah jatuh cinta terhadap orang yang dirasakan memberi perhatian dan mengambil berat tentang mereka. Oleh kerana itu juga mereka akan mudah menjadi tamak dan jika mereka menemui orang yang dirasakan lebih menyayangi,mereka akan mudah  berubah hati.



2)Mereka orang yang tidak yakin dengan diri sendiri.
Mereka merasakan tidak akan kekal dengan apa yang mereka miliki .Oleh itu mereka sentiasa mencari sesuatu yang dirasakan terbaik tetapi sikap tidak yakin dan percaya kemampuan diri sendiri membuatkan hati mereka sentiasa ragu serta sukar untuk bertahan dengan apa yang mereka dapat.



3)Mereka orang yang tidak tahu bersyukur.
Di dalam hati mereka sentiasa merasakan ada lagi yang lebih baik,lebih cantik,lebih kacak,lebih kaya dan sebagainya. Oleh kerana itu mereka tidak pernah menghargai apa yang mereka ada dan akan cepat memilih yang lain jika dirasakan yang lain itu lagi baik.



4)Mereka orang yang tiada pendirian hidup.
Mereka sendiri juga tidak pasti apa yang mereka mahukan dalam kehidupan .Kekasih bagi mereka hanyalah satu keperluan mengikut keadaan persekitaran atau gaya hidup mereka. Bagi mereka cinta adalah sekadar alasan untuk memperolehi teman hidup bukannya tanggungjawab yang mesti ditunaikan.



5)Mereka orang yang mudah bosan.
Namun tidak dinafikan ada sesetengah orang yang sukar untuk kekal dengan satu-satu perkara. Mereka ini lebih suka mencuba sesuatu yang baru yang dirasakan lebih mencabar dan menyeronokkan. Di dalam percintaan juga jika merasa bosan dengan kekasih yang mereka miliki dan mula mencari yang baru yang baru lebih menyeronokkan bagi mereka.



6)Mereka orang yang memang suka menipu.
Kebiasaannya terdapat segelintir orang yang memiliki sifat suka menipu dan memperdayakan orang lain demi memperolehi keseronokan dan kepuasan diri sendiri sahaja .



7)Mereka orang yang pentingkan diri sendiri.
Bagi mereka apa yang mereka inginkan tidak ada siapa yang dapat menghalangnya . Mereka ini tidak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain. Bila dah dapat apa yang mereka mahukan ,mereka akan sesuka hati akan membuang dan meninggalkannya .



8.) Mereka orang yang suka menunjuk-nunjuk.
Apabila mempunyai ramai kekasih hati , mereka fikir diri mereka cukup hebat ,macho ,cantik ,kacak ,lawa tetapi pada hakikat sebenarnya mereka cuba menidakkan kelemahan dan kekurangan diri mereka sendiri dari orang lain. 





0 comments:

Post a Comment