ads

Wednesday, June 4, 2014

Filled Under:

GEMPAR !! Air Paya Berperisa Sirap ..Biar Betul !!


Terbaru sebuah keluarga yang mahu mengadakan majlis perkahwinan anak mereka baru-baru ini terpaksa menghidangkan minuman berperisa sirap dengan menggunakan sumber daripada paya air berdekatan kediaman mereka kerana masalah ketiadaan air .
Hal ini juga disebabkan kegagalan oleh pembekal air majlis tersebut iaitu Syarikat Air Darul Aman (Sada) tidak dapat menghantar air pada hari tersebut.
Menurut Nik Hassan Nik Lah, 49, dan isterinya, Hashimah Ismail, 47, berkata mereka terpaksa menggunakan air paya yang berada berdekatan dengan rumah selepas menunggu bekalan air dari Sada tidak kunjung tiba sehingga menimbulkan kekecohan semasa majlis itu berlangsung .
Menurut Nik Hassan lagi , keluarganya terpaksa menggunakan air paya yang berdekatan kerana sudah tiada sumber bekalan air lain yang boleh didapati di kawasan itu .
Kami sungguh kesal dan sedih kerana terpaksa mengunakan air paya untuk dijadikan minuman kepada tetamu yang hadir . Pada hari itu, aktiviti gotong royong menjadi kecoh kerana ketiadaan bekalan air .
“Saya terpaksa mengunakan air paya berdekatan kerana tanpa bekalan air  pastinya majlis akan terjejas dan terpaksa menggunakan generator bagi mengepam air sehingga sampai ke rumah. Walau bagaimanapun, saya  tetap bersyukur kerana tiada keracunan makanan berlaku,” ujarnya lagi .




0 comments:

Post a Comment