Pastinya jika melihat kepada keadaan cicak diatas kita akan beranggapan bahawa cicak tersebut bakal menemui ajal apabila dibelit oleh seekor ular .
Jika kita lihat , kelihatan seekor cicak lain yang turut memerhatikan rakannya di serang oleh seekor ular dan beranggapan bahawa cicak itu hanya akan memerhatikan sahaja tanpa berbuat apa-apa .
Namun begitu lain pula jadinya apabila cicak itu kelihatan mulai mendekati rakannya yang diambang maut dengan melakukan serangan bertubi-tubi kearah ular tersebut .
Begitulah mulianya seekor haiwan itu apabila persahabatan itu melebihi dari ketakutan walaupun nyawa sebagai taruhan . Jika haiwan pun mempunyai sikap yang sebegitu apatah manusia yang mempunyai akal yang waras untuk berfikir .
Oleh itu sedarlah persahabatan yang sejati tidak dapat ditukar dengan wang mahupun nyawa sekalipun .
0 comments:
Post a Comment