ads

Saturday, May 31, 2014

Filled Under:

GEMPAR !! Ais Kepal Di Malaysia Berharga RM80,000 Semangkuk Biar Betul !!


Berdasarkan maklumat seorang ahli perniagaan telah membeli semangkuk ‘ais kepal’ pada harga RM80,000 pada Karnival Amal Hari Penyayang 2014 yang dianjurkan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) di pekarangan Stadium Darul Aman kelmarin .
Ia juga telah dibeli oleh Pengarah Urusan Epic Valley Holding Sdn Bhd, Tan Sri Dr Fng Ah Seng yang wangnya akan didermakan bagi membiayai projek tuisyen percuma yang dikendalikan oleh Titian Bistari YSB.
Untuk pengetahuan beliau yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng berkata ini merupakan kali ketiga beliau telah membeli ais kepal dengan harga yang tinggi selepas tahun 2012 dan 2013 dengan harga RM50,000 semangkuk .
Kali ini saya mahu tambah sumbangan dengan beli ais kepal dengan harga RM80,000. Sumbangan ini diharap dapat membantu golongan yang memerlukan,” katanya lagi .
Menurutnya lagi , beliau menyokong segala usaha kebajikan yayasan itu yang dinaungi oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Semasa acara lelongan amal barangan peribadi Tuanku Abdul Halim, Dr Fng turut membida lukisan potret Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang bernilai RM60,000 dan sebuah lukisan cat minyak yang bertajuk ‘Horses of Success’ yang bernilai hampir RM30,000 .




0 comments:

Post a Comment