Siapa yang tidak mengenali pelawak Amir Raja Lawak yang membuat pengakuan bahawa dirinya sudah nekad untuk memperisterikan kekasihnya yang dikenali sebagai ‘I’ pada tahun hadapan.
Jika sebelum ini, Amir pernah mendedahkan dia sudah melakukan solat sunat istikarah untuk memilih di antara dua wanita yang ketika itu menarik minatnya untuk dijadikan sebagai teman wanita.
Memetik kenyataannya dalam mStar, Amir menjelaskan, “Alhamdulillah…dalam solat yang saya lakukan, saya terbayang wajah dia dan akhirnya saya membuat keputusan memilihnya sebagai cinta saya walaupun sebelum ini saya serik untuk berkawan dengan wanita”.
“Lagipun ‘I’ amat baik dan dia pandai menjaga hati saya,” katanya lagi.
Amir yang popular menerusi rancangan Raja Lawak juga menyatakan hubungan mereka berdua direstui keluarga kedua-dua pihak .
0 comments:
Post a Comment