ads

Sunday, March 2, 2014

Filled Under:

Supermodel Ini Dikatakan Terlebih Saiz ?


Facebook majalah Cosmolitan mendapat kecaman apabila memuat naik gambar supermodel Robyn Lawley yang didakwa bertubuh terlebih saiz (plus-size) atau bahasa mudahnya, gemuk.

Kebanyakkan yang melihat gambar itu tidak berasa supermodel tersebut boleh diistilahkan gemuk dan ia dianggap meracuni fikiran masyarakat terutama remaja untuk memahami konsep tepat tentang berat badan ideal.

Jika ini ‘plus-size’ maknanya saya ini apa? ‘Super size’?” demikian antara komen dilontarkan di Facebook Cosmopolitan.

Namun begitu ada juga yang menyuarakan kebimbangan kerana berasakan adalah tidak wajar saiz tubuh yang normal dikatakan gemuk.

Oleh yang demikian ada antara pembaca meminta supaya majalah yang relevan tentang kecantikan dan kesihatan ini membetulkan semula ‘ukuran’ gemuk mereka.





0 comments:

Post a Comment