ads

Sunday, March 9, 2014

Filled Under:

SENSASI !! Kisah Cinta Sudah Berlalu -Heliza Helmi..


Peminat tanah air pastinya mengenali artis ini yang cukup jelita dan berimej baik, siapa yang tak teringin untuk menyunting sebagai isteri . Itulah yang dilalui penyanyi, pelakon, pengacara dan pembimbing motivasi jelita, Nur Heliza Helmi.
Walaupun gadis manis yang mesra dengan sapaan Heliza ini cukup menjaga keperibadian dirinya daripada dihimpit kisah sensasi, namun dia masih tak mampu lari dari lumrah hidup sebagai artis.
Tujuh tahun dia menceburi dalam bidang seni, Heliza, 28, nyata sudah berada dalam kelasnya tersendiri. Apatah lagi, biar pun bukan populariti menjadi keutamaannya tetapi anak jati ­Tere­ng­ganu ini masih menjadi perhatian ramai.
Oleh yang demikian apabila berbicara me­ngenai dirinya yang tiba-tiba saja dikaitkan dengan ‘kisah cinta’ tak diundang, Heliza berkata, semuanya sudah pun berlalu dan tidak perlulah dia membuka kisah itu lagi.
Apa yang saya boleh katakan, banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga. Oleh itu, biarlah dan lebih baik saja saya tidak lagi mengeluarkan sebarang komen mengenainya. Saya perlu berhati-hati dalam setiap tutur kata.
“Ini kerana, saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita. Soal jodoh biarlah Allah SWT yang menentukan. Sebagai manusia dan hamba-Nya, saya ha­nya mengikut takdir ditetapkan.
“Hanya doakan yang terbaik buat saya. Malah, pada masa sekarang, selain karier masih banyak perkara yang perlu saya berikan tumpuan terutama ibu bapa dan keluarga,” katanya lagi .
Heliza sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan seorang komposer lagu-lagu nasyid popular.
Heliza kini dikenali dengan single istimewa La Tahzan bermaksud Jangan Bersedih hasil ciptaannya ketika berkunjung ke Gaza, Palestin, Heliza berkata, ia adalah lagu untuk motivasi diri.
Kecekalan hati ­dengan keyakinan bahawa tidak perlu menangis kerana Allah sentiasa ada di sisi membuatkan saya belajar erti ketabahan. Dalam hidup ini, sebenarnya Allah sudah merancang yang terbaik untuk hamba-Nya.
“Cuma, selaku manusia yang tidak sempurna ada kalanya kita tidak sedar. Jadi, apa yang saya lakukan kini adalah lebih ke arah mengingatkan diri sendiri dan pada masa sama ilmu itu dikongsi juga dengan orang lain,” Ujarnya lagi .




0 comments:

Post a Comment