ads

Wednesday, March 19, 2014

Filled Under:

SENSASI !! Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak...


Berita kehamilan pelakon cantik menawan ini mendapat perhatian ramai pada minggu lalu selepas tuan badan sendiri telah mengesahkan perkara itu melalui sekeping gambar yang dikirimkan ke Instagram ketika bercuti di Krabi, Thailand baru baru ini.

Namun segala perkongsian Rozita Che Wan tersebut turut mengundang kata kata kurang enak daripada segelintir peminat dan pelakon ini seperti biasanya katanya tidak mengambil pusing dengan apa apa tanggapan orang yang berbaur negatif.

“Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini? Bukannya terlalu tua. Bukan juga saya mengandung secara yang salah. Saya tidak ambil kisah bagi mereka yang mahu bersikap negatif, itu melambangkan keperibadian mereka yang tidak boleh tengok kegembiraan orang lain”

Rozita Che Wan juga turut mendedahkan yang pada awalnya, Zain Saidin seakan takut & risau untuk melakukan pemeriksaan sama ada beliau hamil atau tidak namun akhirnya suaminya itu sendiri yang pergi membeli kit pengesan kehamilan di farmasi.

Memang Zain ikuti waktu subur saya, jadi dia tahu keadaan saya. Bila sudah lambat datang bulan, saya beritahu dia untuk membuat ujian sendiri. Namun dia terlalu berdebar sampai menolak untuk melakukan ujian tersebut. Dia mungkin tak mahu kecewa”

“Bagaimanapun akhirnya dia sendiri yang membelinya. Sampai kini, pengesan kehamilan itu disimpan Zain dengan rapi yang menggambarkan bagaimana seronoknya dia bila mengetahui saya mengandung,” tambahnya lagi .




0 comments:

Post a Comment