Kelihatan berseri-seri wajah Puteri Sarah Liyana setelah bergelar isteri yang sah kepada Syamsul Yusof baru-baru ini. Tambahan dengan sikap Syamsul yang sememangnya nampak sangat sayangkan Puteri Sarah dengan kenyataan kononnya tidak mahu kongsi kisah perkenalan kerana tidak mahu adanya fitnah, lagilah kami rasa tindakan beliau ini memang patut dilakukan.
Beliau juga telah membuat keputusan untuk berhenti terus berlakon dan fokus kepada kerjayanya sebagai pengurus butik.
“Sebenarnya saya sudah undur diri dari dari dunia lakonan sejak tahun lepas lagi. Bukan lah sebab saya berkahwin. Tapi saya beralih karier. Saya seronok dengan kerjaya saya sekarang. Selain uruskan butik, selepas ni saya akan mereka beberapa rekaan design”, katanya .
Pada ketika ini Syamsul masih berlawan dengan demam denggi yang dihadapinya. Jadi kami harap beliau cepat sembuh. Khabarnya, mereka merancang mahu menunaikan umrah dan berbulan madu pada bulan Ramadhan ini.
“Saya tak pernah pergi menunaikan umrah, jadi saya teringin nak ke sana. Kami rancang nak pergi pada bulan Ramadhan ini, lebih afdal. Tapi tengok lah kalau ada kelapangan dan kalau diizinkan kami pergi lebih awal, kami akan pergi dalam masa terdekat ini,” kata Puteri Sarah.
Namun apabila Syamsul ditanyakan tentang anak, beliau berseloroh dan mengatakan beliau inginkan 10 orang anak, Puteri Sarah hanya tersenyum.
Semoga pasangan ini akan terus kekal hingga ke anak cucu. Amin .
0 comments:
Post a Comment