ads

Sunday, February 9, 2014

Filled Under:

Zizan Razak dan Emma Maembong Di Karpet Merah MeleTOP!!

Jika sebelum ini dua selebriti terkenal, Zizan Razak dan Emma Maembong pernah beberapa kali menafikan mereka adalah pasangan kekasih seperti didakwa media hiburan dan akhbar-akhbar tempatan.

Tetapi kini sekumpulan peminat mereka mendedahkan bukti-bukti yang mereka sedang hangat bercinta menerusi beberapa status sweets yang diambil dari laman Twitter Zizan Razak dan Emma Maembong. 

Meskipun kini reda seketika hubungan pasangan artis itu daripada terus diperkatakan orang ramai namun kontroversi mereka bercumbuan di kapal terbang yang disiarkan sebuah akhbar bulan lalu telah menghangatkan kembali gosip cinta mereka berdua.

Tidak pun surut kontroversi yang melanda mereka , Zizan dan Emma dipaksa pula berhadapan dengan tuduhan salah seorang jirannya yang mendakwa mereka bersekedudukan .

Jika difikirkan semula , dunia artis memang tidak boleh lari dari dihambat kontroversi lebih-lebih lagi kepada mereka yang sedang meniti kemuncak populariti.

Sebelum itu jom kita tengok beberapa keping gambar romantik mereka dalam acara Karpet Merah Anugerah Meletop Era 2013. Pasangan ini bagai pinang dibelah dua pula,  sama padan sama cantik .









0 comments:

Post a Comment